BERITA UTAMA

Selangor Xtiv Virtual perkenal permainan dalam talian baharu

7 Sep 2021, 1:33 PM
Selangor Xtiv Virtual perkenal permainan dalam talian baharu

SHAH ALAM, 7 SEPT: Kerajaan Negeri bakal memperkenal beberapa permainan dalam talian baharu menerusi program Selangor Xtiv Virtual 2021.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata antara acara yang akan diperkenalkan pada bulan ini seperti "jumping rope", "freestyle football" dan "bicycle ride".

"Penyertaan sedia ada mendapat sambutan tetapi kita mahu memperkenalkan permainan baharu supaya dapat meningkatkan lagi peserta menyertai Selangor Xtiv Virtual.

"Setakat ini kita menerima sebanyak 218,887 penyertaan bagi tujuh program hingga semalam dan jumlah ini menghampiri 50 peratus daripada sasaran iaitu 450,000 peserta," katanya kepada SelangorKini.

Selangor Xtiv Virtual 2021 mempertandingkan tujuh jenis permainan bermula Mac hingga Disember dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM411,680.

Program itu meliputi permainan PUBG, Mobile Legends Bang Bang, Call of Duty Mobile, Pro Evolution Soccer 2021, FIFA Pro Club, Selangor Xtiv Virtual Ride dan Selangor Xtiv Virtual Jump Rope Challenge.

Tahun lalu, program tersebut mendapat sambutan luar jangka membabitkan 250,631 penyertaan dan 18 juta tontonan di platform media sosial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619