EXCO

EXCO: E-sukan bukan lagi mainan buang masa, jamin peluang kerja

23 Jul 2023, 2:06 AM
EXCO: E-sukan bukan lagi mainan buang masa, jamin peluang kerja
EXCO: E-sukan bukan lagi mainan buang masa, jamin peluang kerja

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

KUALA SELANGOR, 23 JULAI: E-sukan yang semakin berkembang berpotensi menyediakan peluang kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan, menurut EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata ini terbukti apabila ramai individu ditawar pekerjaan sebagai pemain profesional oleh syarikat e-sukan dengan gaji tinggi.

“Hari ini Kerajaan Negeri mengambil sikap untuk menerima e-sukan sebagai permainan atau bidang profesional yang menjanjikan peluang kerjaya dan pendapatan lumayan.

“Dengan kata lain, e-sukan bukan lagi permainan di kedai mamak mahupun aktiviti yang membuang masa sebaliknya ia sudah menjadi satu profesion,” katanya.

[caption id="attachment_594531" align="alignnone" width="750"] Peserta e-sukan memulakan pertandingan pada majlis perasmian Kemahiran e-Sukan Robotik XTIV Selangor Fasa 2 di Dewan MDKS, Saujana Utama pada 22 Julai 2023. Fopt MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas merasmikan program Kemahiran e-Sukan Robotik XTIV Selangor Fasa 2 di Dewan MPKS Saujana Utama, Sungai Buloh di sini semalam.

Khairuddin menjelaskan Kerajaan Negeri mengambil pendekatan mengetengah bidang tersebut bagi mengikuti perubahan semasa yang memasuki Revolusi Industri 4.0.

Bagaimanapun, beliau mengakui wujud cabaran untuk pihaknya memberi kefahaman kepada ibu bapa yang masih menganggap e-sukan sebagai permainan yang membuang masa.

“Apabila teknologi berubah, suka atau tidak Kerajaan Negeri harus menerima perubahan itu sekali gus menangani masalah dan cabaran yang dihadapi belia hari ini,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619