EXCO

Sempena Aidilfitri, seramai 150 bekas atlet negeri terima bantuan

16 Apr 2023, 3:01 PM
Sempena Aidilfitri, seramai 150 bekas atlet negeri terima bantuan
Sempena Aidilfitri, seramai 150 bekas atlet negeri terima bantuan

KUALA SELANGOR, 16 APRIL: Kerajaan Selangor memperuntuk sejumlah RM30,000 untuk sumbangan raya kepada 150 bekas atlet dan atlet para negeri tahun ini.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata bantuan sebahagian daripada program Ceria Atlet Selangor bagi meringankan beban atlet membuat persiapan Syawal.

“Sewaktu Aidilfitri inilah program kita (agihan sumbangan) manakala hari biasa kita pergi rumah ke rumah dan memberi tawaran apakah keperluan mereka.

“Semua atlet terpilih ini yang pernah berjasa di peringkat negara dan antarabangsa. Saya berterima kasih kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) kerana membantu negeri untuk sama-sama dekati atlet,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis iftar ‘hargai jasa atlet’ di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Saujana Utama di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Yakeb Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

[caption id="attachment_577274" align="aligncenter" width="700"] EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman (tengah) menyampaikan sumbangan raya kepada bekas atlet Selangor sempena majlis iftar ‘hargai jasa atlet’ di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Saujana Utama, Kuala Selangor pada 16 April 2023. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]

Dalam majlis sama, Kerajaan Negeri turut menyumbang RM22,500 kepada 45 Jawatankuasa Penduduk dan RM10,000 untuk Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Saujana Utama.

Sementara itu, bekas pelumba trak negara Rosman Alwi menyifatkan bantuan diperoleh bukti Kerajaan Negeri prihatin terhadap keperluan bekas atlet yang kebanyakannya tiada pendapatan.

“Bantuan ini boleh digunakan untuk beli kelengkapan raya. Saya berharap program sebegini berterusan dan kami rasa tidak dipinggirkan,” katanya yang kini menjual makanan sejuk beku dan kuih raya bagi menyara keluarga.

Bagi atlet para boling padang Ahmad Amir Hussin, lebaran kali ini sangat bermakna apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan khususnya Kerajaan Selangor.

“Alhamdulillah, sumbangan ini bukan saja meringankan beban keluarga saya malah menceriakan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan nanti,” katanya yang sudah enam tahun bersara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619