AGENSI

Covid-19: Klang rekod kes baharu tertinggi

4 Okt 2020, 1:33 PM
Covid-19: Klang rekod kes baharu tertinggi

SHAH ALAM, 4 OKT: Klang menjadi daerah tertinggi merekodkan kes baharu Covid-19 hari ini dengan 14 kes, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor.

Berdasarkan data itu lagi Hulu Langat merekodkan sembilan kes, Petaling (empat), Sepang (tiga) dan Gombak (satu) menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor ialah 31.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) pula berkata situasi terkini penularan wabak memerlukan sikap tanggungjawab seluruh masyarakat.

"Pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) adalah kritikal dan menjadi kunci penting untuk menyekat jangkitan Covid-19 tersebar meluas.

"Tolong amalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka serta pembersihan tangan secara kerap," katanya menerusi Facebook.

Selangor merekodkan 31 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,378 kes.

Kes saringan melibatkan individu mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dan kluster Meru masing-masing merekodkan 13 kes, kluster Embun (tiga) dan saringan kontak rapat (dua).

Malaysia merekodkan 293 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 292 kes melibatkan penularan tempatan (269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara) manakala satu kes import.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619