AGENDA

523 individu ingkar PKP, meningkat lima kali ganda

27 Sep 2020, 7:45 AM
523 individu ingkar PKP, meningkat lima kali ganda

SHAH ALAM, 27 SEPT: Jumlah individu ditahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat lima kali ganda kepada 523 semalam berbanding 115 pada 25 September.

Menteri kanan (keselamatan) berkata kesalahan paling banyak membabitkan aktiviti dalam pub dan kelab malam iaitu 356 individu, diikuti kesalahan tiada penjarakan fizikal (105) dan tidak memakai pelitup muka (38).

"Sementara kesalahan lain ialah gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri iaitu 20 dan tangkapan pendatang asing tanpa izin (4).

"Daripada jumlah itu, seramai 483 individu dikompaun manakala 40 direman," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah sebanyak 45,847 pemeriksaan dilakukan semalam bagi memantau dan menguatkuasa tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Pemantauan dibuat di 3,213 pasar raya, 3,893 restoran serta 1,017 penjaja, 1,011 melibatkan kilang, 2,896 bank dan 520 pejabat kerajaan.

Turut dipantau ialah 903 terminal pengangkutan darat, 207 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan udara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619