AGENDA

Lebih 800 individu dikompaun, 71 direman ingkar PKP

14 Feb 2021, 12:34 PM
Lebih 800 individu dikompaun, 71 direman ingkar PKP

SHAH ALAM, 14 FEB: Polis menahan 877 individu semalam atas pelbagai kesalahan ingkar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 806 dikompaun dan 71 lagi direman.

"Antara kesalahan direkodkan adalah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (253), rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (177) serta aktiviti pusat hiburan (101).

"Selain itu, tidak memakai pelitup muka (98), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (82) manakala baki 166 lain-lain kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata secara keseluruhan sebanyak 57,918 pemeriksaan semalam dengan kekuatan 14,071 anggota pasukan pematuhan.

Katanya, pemantauan dijalankan di 4,212 pasar raya, restoran (5,630), penjaja (2,385), kilang (1,570), bank (3,650) dan pejabat kerajaan (664).

"Pemantauan turut dibuat di 1,017 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (268) dan terminal pengangkutan udara (76)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619