AGENDA

Gagal sedia alat rekod butiran pelanggan kesalahan tertinggi ingkar PKP

17 Dis 2020, 1:22 PM
Gagal sedia alat rekod butiran pelanggan kesalahan tertinggi ingkar PKP

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan menjadi kesalahan tertinggi dengan 88 individu dikenakan tindakan atas kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 196 individu yang ditahan dan dikompaun, diikuti kesalahan tidak memakai pelitup muka (86), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (lapan) dan lain-lain (14).

Sementara itu, dalam Operasi Benteng semalam, beliau berkata seramai 59 pendatang tanpa izin berjaya ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus," katanya dalam kenyataan berkaitan perkembangan PKP hari ini.

Beliau berkata anggota penguat kuasa juga membuat pemeriksaan di 24 tapak binaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 22 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan manakala dua tidak beroperasi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata seramai 87,522 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai sehingga semalam dan ditempatkan di 76 hotel serta 17 Institut Latihan Awam (ILA).

"Daripada jumlah itu, seramai 9,004 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 532 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 77,986 individu dibenarkan pulang," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619