AGENDA

Aktiviti pusat hiburan catat angka tertinggi ingkar PKP

20 Dis 2020, 10:30 AM
Aktiviti pusat hiburan catat angka tertinggi ingkar PKP

SHAH ALAM, 20 DIS: Kesalahan terlibat aktiviti pusat hiburan mencatat angka tertinggi ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 442 ditahan atas kesalahan itu.

Menurutnya, mereka sebahagian daripada 672 individu ditahan kerana mengingkari arahan PKP, dengan 643 dikompaun dan 29 direman.

"Seramai 90 individu ditahan tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi penjarakan fizikal (78), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (73) dan lain-lain (25)," katanya dalam kenyataan.

Mengenai tugas pencegahan operasi pematuhan, Ismail Sabri berkata sebanyak 45,483 pemeriksaan dijalankan bagi memantau tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Sebanyak 2,368 pasukan pematuhan membabitkan 10,582 anggota membuat pemantauan di 3,482 pasar raya, restoran (4,814), penjaja (1,572), kilang (1,238), bank (3,124) dan pejabat kerajaan (699).

"Pemeriksaan turut dilakukan di 941 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (235) dan terminal pengangkutan udara (84)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619