BERITA UTAMA

RiDE: 100 peserta mula kursus, borang dimuat turun 19,000 kali

2 Sep 2020, 3:58 AM
RiDE: 100 peserta mula kursus, borang dimuat turun 19,000 kali

SHAH ALAM, 2 SEPT: Seramai 100 peserta Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang menepati kriteria dipilih menjadi kumpulan pertama mengikuti kursus e-panggilan secara berperingkat bermula bulan ini, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata permohonan program itu masih dibuka dengan borang dimuat turun 19,000 kali setakat semalam.

"Kita berharap kumpulan pertama dapat memulakan kerja sebagai penghantar makanan pada hujung bulan ini, kita galakkan mereka menjana pendapatan dalam sektor ekonomi sampingan yang semakin berkembang sekaligus menambah pendapatan isi rumah," katanya kepada SelangorKini.

RiDE menyasarkan 3,000 belia miskin bandar mendapat subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, selain boleh mengikuti kursus e-panggilan bernilai RM200 dan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial berjumlah RM70 setahun.

Antara syarat ditetapkan ialah pemohon perlu mendapatkan pengesahan pemastautin tetap melebihi 10 tahun di Selangor menerusi pejabat wakil rakyat kawasan masing-masing dan menghantar sendiri borang ke pejabat Majlis Sukan Negeri.

Syarat lain, pemohon mesti berumur 17 hingga 30 tahun, mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 bagi yang bekerja serta memperoleh lesen motosikal B2 bermula Januari tahun ini.

Mereka yang berminat boleh memohon inisiatif itu menerusi pautan http://msnselangor.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619