PELANCONGAN

Tourism Selangor syor 'percutian' maya di rumah

4 Apr 2020, 7:56 AM
Tourism Selangor syor 'percutian' maya di rumah

SHAH ALAM, 4 APRIL: Tourism Selangor mengesyorkan beberapa 'percutian' menarik secara maya yang boleh dinikmati orang ramai tanpa perlu meninggalkan rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi pelancongan itu mempelawa 'kaki jalan' melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.travel bagi percutian pertama mereka ke sembilan daerah di negeri itu.

Katanya orang ramai boleh mengambil peluang membaca semua cerita pelancongan itu di https://selangor.travel/travel-stories/ untuk idea percutian seterusnya selepas tamat PKP.

"Bagi peminat seni, luangkan masa bersama orang tercinta melawat Galeri Shah Alam secara maya dengan melayari laman sesawang https://galerishahalam.com/video/.

"Selain itu, gunakan data internet percuma untuk rakyat sepanjang tempoh PKP mendapatkan pelbagai promosi hotel dan pakej pelancongan menarik di hujung jari anda," menurut Tourism Selangor.

Tourism Selangor turut menyenaraikan beberapa cadangan 'percutian' secara dalam talian lain antaranya :

1) Alami Selangor melalui video Hos Komuniti Selangor di YouTube dan langgani saluran YouTube rasmi Tourism Selangor untuk maklumat lanjut tentang produk serta acara pelancongan Selangor.

https://youtu.be/5MnIpiIS2VM

2) Tonton video dimuat-naik ke saluran menarik di Kuala Selangor di YouTube untuk pengalaman melancong ke daerah berkenaan.

3) Nikmati perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran dan kafe popular di Selangor ke pintu rumah di https://selangor.travel/20-best-eateries-with-takeaways-and-delivery-services-in-selangor/

4) Ambil ilham hotel lima bintang untuk menghiaskan bilik tidur dengan cadar putih bersama tuala mandian yang baru dicuci bagi pengalaman penginapan mewah di rumah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619