BERITA UTAMA

Buka semula pelancongan domestik beri sinar baharu buat penggiat

5 Okt 2021, 9:38 AM
Buka semula pelancongan domestik beri sinar baharu buat penggiat

SUBANG JAYA, 5 OKT: Pembukaan semula sektor pelancongan domestik secara berperingkat dalam fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) memberi sinar baharu buat penggiat industri di Selangor.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lalu memberi kesan ketara terhadap industri pelancongan negara amnya dan Selangor khasnya.

"Tidak dapat dinafikan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam beberapa fasa yang kemudiannya diikuti dengan PPN telah menjejaskan operasi dan pendapatan penggiat industri pelancongan negeri.

"Ini terbukti bila penggiat industri menghadapi pembatalan tempahan bilik, penganjuran acara, pakej pelancongan dan perkhidmatan lain. Justeru, peralihan ke fasa tiga PPN mampu memberi nafas baharu kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pemantauan pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) dan pelancaran Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 di Sunway Lagoon di sini hari ini.

Selangor  ke fasa tiga PPN berkuat kuasa 1 Oktober yang memberi kelonggaran kepada rakyat lengkap vaksin untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan penginapan di hotel dan inap desa.

Sementara itu, Loy Sian turut menyenaraikan beberapa aktiviti dibenarkan melibatkan premis pelancongan di Selangor antaranya:

1. Hotel dan inap desa

2. Zoo, taman tema, selam, akuarium, taman negara

3. Premis hasil seni budaya dan warisan, muzium perpustakaan, galeri

4. Pusat hiburan keluarga

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619