AGENSI

Riadah lebih lama hilangkan tekanan, bantu peniaga tambah rezeki

2 Okt 2021, 8:07 AM
Riadah lebih lama hilangkan tekanan, bantu peniaga tambah rezeki
Riadah lebih lama hilangkan tekanan, bantu peniaga tambah rezeki

SHAH ALAM, 2 OKT: Kelonggaran beberapa aktiviti termasuk riadah sehingga tengah malam susulan peralihan Selangor ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) melegakan ramai pihak.

Seorang peniaga di Dataran Shah Alam gembira dapat menjana semula pendapatan dengan menjual permainan kanak-kanak selepas terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bila dibenarkan berniaga sehingga 10 malam pun saya bersyukur. Saya kena cari duit untuk tanggung enam anak berusia tiga hingga 13 tahun.

“Sekarang kerajaan benarkan sampai 12 tengah malam, lebih ramai orang datang ke sini terutama hari minggu dan saya boleh berniaga lebih lama,” kata Azura Zubair, 33, ketika ditemui malam tadi.

[caption id="attachment_489909" align="aligncenter" width="673"] Azura Zubair,33, berniaga sehingga tengah malam setelah kerajaan mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 3 ketika tinjauan Selangorkini di Dataran Shah Alam pada 1 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Pengunjung Alam Shah Los berpendapat kebenaran aktiviti lebih lama pada waktu malam membolehkan dia membawa anaknya Muhd Nazrin Shah, 12, yang juga pesakit Autisme untuk beriadah.

Kakitangan swasta berusia 51 tahun itu berkata anaknya memerlukan aktiviti sebagai terapi bagi mengelak rasa bosan setelah beberapa bulan terkurung di rumah.

“Ketika PKP ketat saya terpaksa mengajaknya berlari ulang alik dari ruang tamu ke dapur supaya dia tidak bosan. Hari ini bila bawa tengok pancuran air berirama di Laman Budaya memang dia seronok.

"Saya bersyukur sangat dan harap kes akan terus menurun supaya banyak lagi kelonggaran diberikan,” katanya.

Sementara itu, Saiful Muzamir Azmi, 33, mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) tambahan selepas kerajaan memberi pelbagai kelonggaran.

“Kita kena sedia hidup dengan Covid-19. Jadi perlu sentiasa pakai pelitup muka, bawa cecair pembasmi ke mana sahaja. Pilih kawasan terbuka dan elak kesesakan,” katanya.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa semalam dengan beberapa kelonggaran tambahan untuk individu lengkap dos vaksin.

Kebenaran baharu termasuk majlis rasmi kerajaan dan swasta, pembukaan semula sektor latihan kemahiran dan kehadiran penonton ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619