PBT

Bina kilang simen haram, pemilik didenda RM7,000

10 Jan 2020, 1:01 AM
Bina kilang simen haram, pemilik didenda RM7,000

BANTING, 10 JAN: Seorang pemilik kilang simen didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendirikan bangunan tanpa kebenaran di Jenjarom di sini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat berkata Majistret Saifuddin Rafiee menjatuhkan hukuman di bawah Seksyen 70(13)(c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Tertuduh didenda RM7,000 atau enam bulan penjara. Semua pemilik kilang perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebelum mendirikan sebarang struktur bangunan," kata Mohamad Zain A Hamid dalam kenyataan.

Katanya tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu atau syarikat yang didapati melanggar undang-undang berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619