BERITA UTAMA

11,573 sertai Kempen Jom Bayar & Menang Cukai Tanah

9 Jan 2020, 4:26 AM
11,573 sertai Kempen Jom Bayar & Menang Cukai Tanah

SHAH ALAM, 9 JAN: Kempen Jom Bayar & Menang Cukai Tanah anjuran Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Langat mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan  11,573 pemilik hartanah sepanjang tahun lalu.

Pegawai Daerahnya, Mohd Jusni Hashim berkata siri pertama kempen membabitkan tempoh pembayaran cukai bermula dari 1 Januari hingga 15 April (fasa pertama) dan 16 April hingga 29 Mei (fasa kedua).

"Kempen ini bagi menggalakkan lebih ramai pemilik hartanah membayar cukai seawal mungkin bagi meningkatkan prestasi kutipan cukai.

"Ia sebagai tanda penghargaan kepada pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka dalam tempoh ditetapkan dan memberi peluang mereka menerima hadiah utama," katanya.

Beliau berucap pada pelancaran Kempen 'Jom Bayar & Menang' Cukai Tanah dan Apresiasi Atlet PDT Kuala Langat sempena Kejohanan Sukan Pejabat Tanah dan Daerah (Petanda), semalam.

Siri kedua kempen tahun ini mengekalkan format sama meliputi dua fasa pembayaran dengan menawarkan 50 hadiah cabutan bertuah menarik termasuk motosikal, televisyen, mesin basuh, serta pelbagai peralatan kelengkapan rumah.

Mohd Jusni berkata pendekatan itu bukan sahaja membantu meningkatkan lebih ramai penyertaan dalam kalangan pemilik hartanah, malahan berupaya meminimumkan tunggakan cukai sebelum ini.

"Peserta boleh membuat pembayaran melalui dua kaedah iaitu di Kaunter Unit Hasil PDT Kuala Langat. Borang penyertaan akan diberikan kepada pembayar cukai yang memenuhi syarat penyertaan," katanya.

Pembayaran secara dalam talian atau di lain-lain ejen kutipan hasil cukai tanah dengan memuat turun borang di Portal PDT Kuala Langat (www.selangor.gov.my/kualalangat).

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat emel hasilklangat@selangor.gov.my sebelum tarikh tutup penyertaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619