AGENDA

Jumaat diisytihar hari penggunaan tulisan jawi

4 Sep 2019, 11:43 PM
Jumaat diisytihar hari penggunaan tulisan jawi

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Hari Jumaat diisytiharkan hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha memperkasakan tulisan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, tulisan jawi adalah landasan untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.

“Insya-Allah dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia.

“Diharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Mujahid melancarkan program Semarak Tulisan Jawi bagi peringkat agensi di bawah kementeriannya dengan menyampaikan tag nama dalam tulisan itu kepada setiap ketua agensi, yang akan dilaksanakan seluruh kakitangan agensi agama dengan memakai tag nama setiap hari Jumaat.

“Saya tidak pernah menganggap tulisan jawi sebagai satu proses Islamisasi seperti didakwa pihak tertentu walaupun ia hampir dengan pentadbiran Islam.

"Apabila tulisan jawi hampir pupus di peringkat penggunaan rasmi, hanya pentadbiran Islam yang mengekalkan ia bagi tujuan untuk kita terus memastikan sejarah budayanya dikekalkan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619