AGENDA

Koronavirus: Masjid tumpuan pelancong terima pembersih tangan

5 Feb 2020, 12:02 AM
Koronavirus: Masjid tumpuan pelancong terima pembersih tangan

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Kerajaan mengagihkan pembersih tangan dan tisu basah kepada masjid tumpuan pelancong di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan koronavirus 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata usaha itu bagi memastikan masjid tumpuan pelancong terpelihara daripada jangkitan wabak berkenaan.

"Kita memilih Masjid Jamek Sultan Abdul Samad kerana ramai pengunjung yang datang dan berikan mereka pembersih tangan mini yang boleh dibawa ke mana-mana.

"Usaha ini sebagai kesedaran kepada pengunjung untuk menjaga kesihatan sepanjang (musim) virus ini (masih ada), yang menjadi ‘kebimbangan kesihatan awam," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kedua-dua item kepada 18 wakil masjid sekitar ibu negara semalam.

Mujahid berkata pembersih tangan dan tisu basah akan diagihkan oleh wakil masjid kepada orang ramai termasuk jemaah dan pelancong asing.

Minggu lalu, media melaporkan beberapa masjid tumpuan pelancong ditutup kepada golongan itu susulan kebimbangan terhadap isu jangkitan koronavirus.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bukan dasar kerajaan untuk menghalang pelancong daripada mengunjungi lokasi yang menjadi tumpuan termasuk masjid.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619