SELANGOR

Buang sisa kulit durian, dua lelaki ditahan

19 Jun 2019, 4:34 AM
Buang sisa kulit durian, dua lelaki ditahan
Buang sisa kulit durian, dua lelaki ditahan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANTING, 19 JUN: Tindakan dua lelaki membuang sisa kulit durian di tepi jalan mengundang padah apabila ditahan sepasukan anggota penguat kuasa, di Bandar Saujana Putra, di sini semalam.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, anggota penguat kuasa diketuai Wan Putara Noor Shahan Ngadirin melakukan intipan berhubung kegiatan itu bermula 8 malam, pada Isnin lalu.

Katanya, susulan itu pihaknya menahan kedua-dua individu terbabit yang memandu sebuah MPV Nissan Serena di Jalan SP1, Bandar Saujana Putra, 12.40 tengah malam tadi.

"Hasil soal siasat dilakukan, didapati mereka ini menjalankan peniagaan buah durian di kawasan berdekatan. Selain itu, mereka juga didapati melakukan kesalahan dengan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran daripada MDKL.

"Bagi kesalahan ini, peniaga berkenaan dikenakan notis kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (4), Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap, Majlis Daerah Kuala Langat 2007.

"Barangan jualan dan kenderaan mereka juga disita di bawah Undang-Undang Kecil (21) (1), Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pelupusan dan Pelupusan Sampah-Sarap, Majlis Daerah Kuala Langat 2007," katanya dalam kenyataan.

Mohamad Zain berkata, pihaknya menyediakan tapak perniagaan di Jalan SP1, SP4 dan SP8 Bandar Saujana Putra bagi mana-mana peniaga yang mahu menjalankan perniagaan buah bermusim.

Katanya, peniaga juga perlu membuat permohonan permit bagi menjalankan perniagaan terbabit.

"Sikap masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dan cintakan alam sekitar tanpa berbelah bahagi dituntut bagi memastikan generasi sekarang serta akan datang dapat menikmati suatu kehidupan lebih baik dan harmoni.

"Kami akan sentiasa menggerakkan anggota penguat kuasa setiap hari dengan kerjasama orang ramai yang diharap dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti tidak bermoral ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619