SELANGOR

Kedai emas dipecah masuk, pemilik rugi RM5 juta

10 Jun 2019, 8:15 AM
Kedai emas dipecah masuk, pemilik rugi RM5 juta

 

SHAH ALAM, 10 Jun : Pemilik sebuah kedai emas di sini kerugian kira-kira RM5 juta apabila kedainya dipecah masuk oleh sekumpulan penjenayah pada awal pagi Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata bagaimanapun kejadian hanya disedari oleh pemilik kedai berkenaan pada kira-kira pukul 10 pagi tadi apabila hendak memulakan operasinya selepas kedai itu ditutup selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri.

"Melalui siasatan awal, kami percaya kejadian berlaku pada antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi Jumaat lepas, kegiatan ini dipercayai dilakukan oleh lebih dari dua orang penjenayah profesional.

Penjenayah dipercayai memasuki kedai in melalui saluran angin di belakang kedai sebelum memecah masuk pintu bilik kebal dan memecah empat buah peti besi yang mengandungi barang kemas, jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM5 juta," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di Seksyen 7 di sini hari ini.

Beliau berkata penjenayah dipercayai menggunakan mesin pemotong besi bagi menebuk pintu bilik kebal dan peti besi.

Kata Baharudin lagi, penjenayah berkenaan turut bertindak melarikan alat perakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai berkenaan yang baharu memulakan operasinya pada Januari tahun ini.

"Kita (polis) akan mengambil rakaman CCTV dari kedai-kedai bersebelahan untuk membantu dalam siasatan ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619