SELANGOR

PANTAS MDKL selesai alih pokok tumbang

17 Apr 2019, 5:36 AM
PANTAS MDKL selesai alih pokok tumbang
PANTAS MDKL selesai alih pokok tumbang

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 APRIL: Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berjaya menyelesaikan kerja pengalihan pokok tumbang di beberapa kawasan di daerah itu, malam tadi.

Penyelaras PANTAS MDKL, Miskon Karim berkata, antara kawasan yang berdepan kejadian itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Banting, Taman Langat Jaya, Jalan Sultan Alam Shah, Taman Baiduri, Taman Delima dan Jalan Serdang Belah Sungai Buaya.

Katanya, kejadian itu berlaku berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang sekitar 12.30 tengah malam sehingga menyebabkan lapan pokok tumbang dan menghalang laluan.

"Terdapat juga sebatang paip utama patah di Taman Delima, Banting akibat dihempap pokok.

"Selepas menerima aduan seawal 1 pagi daripada orang awam, skuad PANTAS MDKL terdiri daripada tujuh anggota terus digerakkan segera ke lokasi terbabit.

"Sepasukan kakitangan Syarikat Pengurusan Air Selangor turut bersama menjalankan kerja pembaikan bagi memastikan bekalan air segera dipulihkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Miskon berkata, bagi memastikan operasi berjalan lancar, anggota bertugas turut dilengkapi dua mesin pemotong pokok, sebuah mesin 'high cutter', dua kenderaan pacuan empat roda dan beberapa peralatan lain.

"Kerja operasi yang berjalan hampir lima jam itu tamat sekitar 5.30 pagi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619