PBT

Chikungunya: MDKL anjur gotong-royong

28 Feb 2019, 9:08 AM
Chikungunya: MDKL anjur gotong-royong

OLEH UMIRAH IZRIN

BANTING, 28 FEB: Dalam usaha membasmi wabak chikungunya daripada merebak, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bakal menganjurkan gotong-royong perdana, di Tanjung Sepat, pada 2 Mac ini.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, langkah itu juga dapat mengaktifkan pembabitan masyarakat setempat dalam mencegah dan mengawal wabak berkenaan.

"Kebersihan adalah tanggungjawab bersama, justeru orang awam perlu mengambil tindakan pencegahan sebelum ia berlarutan.

"Kita mohon orang awam supaya berhati-hati, periksa dan hapuskan semua bekas berpotensi menakung air," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MDKL Bil 02/2019, di Bilik Cempaka Kuning, di sini, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 25 kes chikungunya dilaporkan di Tanjung Sepat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619