SELANGOR

RM5 juta diperuntuk Bantuan Sihat Selangor khas buat pesakit kanser

10 Feb 2019, 8:18 AM
RM5 juta diperuntuk Bantuan Sihat Selangor khas buat pesakit kanser

OLEH SHEEDA FATHIL

AMPANG JAYA, 10 FEB: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta menerusi Bantuan Sihat Selangor khusus buat pesakit kanser.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, bantuan itu pernah diadakan namun tidak spesifik.

"Sebelum ini, Bantuan Sihat Selangor sudah dibuka kepada pesakit kanser tetapi di bawah kategori 'lain-lain' dan kali ini kita bukakan secara spesifik.

"Objektif supaya ramai yang akan nampak dan sedar bahawa Kerajaan Negeri prihatin terhadap masalah rakyat terutama berkaitan kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Karnival Wellness, Welfare, Women (3W) di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari yang turut dihadiri EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar merangkap Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Haniza Talha serta Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata, sejumlah RM5,000 diperuntukkan kepada setiap seorang pesakit kanser yang memohon dana Bantuan Sihat Selangor itu.

"Kerajaan Negeri menyediakan dana ini bagi memudahkan pesakit kanser membuat rawatan susulan terutama kepada mereka yang tidak mempunyai dana akibat kesempitan hidup.

"Oleh itu, saya menyeru pesakit kanser terutama di Selangor untuk berani tampil melakukan pemeriksaan sekali gus memanfaatkan peluang yang diberikan Kerajaan Negeri melalui Bantuan Sihat Selangor ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619