SELANGOR

Penduduk Selangor dinasihat kurangkan aktiviti cuaca panas

26 Feb 2019, 10:34 AM
Penduduk Selangor dinasihat kurangkan aktiviti cuaca panas

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 FEB: Penduduk di Selangor dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar ketika cuaca panas gara-gara amaran suhu tinggi yang dikeluarkan Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), semalam.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, rakyat juga perlu berwaspada terhadap tanda awal strok haba berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Katanya, orang ramai yang melakukan aktiviti riadah juga digalakkan melakukannya pada waktu pagi dan juga lewat petang.

"Sebaiknya janganlah terlalu kerap berada di luar terutamanya pada waktu tengahari dan sebaiknya jangan lupa memakai topi ataupun cermin mata.

"Saya amat berharap supaya tidak ada kes strok haba berlaku di negeri ini dan untuk pengetahuan semua, ia berlaku apabila paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 celcius berbanding suhu normal badan manusia kira-kira 37 celcius," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Melalui laman web METMalaysia melaporkan, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang diramalkan akan dilanda cuaca panas sehingga 35 darjah celcius sehingga Isnin depan.

Bagaimanapun, Gombak dan Hulu Langat pula diramalkan hujan di satu dua tempat pada waktu pagi.

Pada masa sama, METMalaysia turut melaporkan 10 kawasan di Semenanjung mengalami suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius selama tiga hari berturut-turut.

Antara kawasan disenaraikan adalah di Chuping (Perlis), Kubang Pasu, Kota Setar, Sik (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak).

Kawasan lain turut dalam senarai ialah di Maran (Pahang), Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619