SELANGOR

Kerajaan Negeri perhalusi program 'Work From Home'

10 Feb 2019, 9:14 AM
Kerajaan Negeri perhalusi program 'Work From Home'

OLEH SHEEDA FATHIL

AMPANG JAYA, 10 FEB: Kerajaan Negeri sedang memperhalusi program 'Work From Home' bagi melihat secara lebih teliti sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, proses bagi melaksanakan program itu mengambil sedikit masa kerana ia membabitkan aspek teknikal.

"Aspek teknikal dimaksudkan adalah 'Work From Home' menggunakan proses untuk kita menghantar bahan, mengumpul bahan dan memikirkan imbuhan yang akan diberikan kepada peserta itu nanti.

"Malah, kebanyakan peserta pula dari pemegang kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), mereka tidak mampu keluar sendiri jadi kita yang akan menyediakan segalanya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Karnival Wellness, Welfare, Women (3W) di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari yang turut dihadiri EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar merangkap Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Haniza Talha serta Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata, program 'Work From Home' itu akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dua bulan dari sekarang selepas kerja penelitian itu selesai.

"Kita juga sudah mengadakan sesi temuduga bersama usahawan dan pelatih yang akan melatih peserta 'Work From Home' ini," katanya.

Terdahulu, menerusi Belanjawan Selangor 2019, program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat akan diteruskan ekoran sambutan luar biasa di kalangan rakyat negara ini khasnya Selangor yang memberi manfaat kepada 40,000 ibu.

Justeru, bagi mengorak langkah ke arah Pemberian ke Pemberdayaan (From Gift To Empowerment), penerima KISS terpilih menyertai program 'Work From Home'.

Pembabitan proaktif 56 Pusat Wanita Berdaya di seluruh Selangor turut sama dizahirkan dalam mengenal pasti penerima KISS berpotensi untuk menjadi peserta program berkenaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619