SELANGOR

Mendiang Thiyahu komited bantu masyarakat

8 Jan 2019, 4:11 AM
Mendiang Thiyahu komited bantu masyarakat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 JAN: Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas calon Angkatan Muda KEADILAN Shah Alam, Thiyahu Marimuthoo yang meninggal dunia ekoran ditetak, petang semalam.

Menerusi cicipan di twitter, beliau mengakui mengenali Thiyahu secara peribadi dan menyifatkan mendiang seorang pemuda yang sopan serta sering membantu golongan memerlukan.

"Harap polis dapat berkas suspek yang terbabit dalam pembunuhan kejam ini. Saya kenal mendiang secara peribadi. Seorang yang baik dan berbudi pekerti mulia serta komited membantu masyarakat di sekitar pangsapuri Nilam Sari.

"Beliau adalah anggota KEADILAN yang berdedikasi dan bersama saya untuk cawangan Shah Alam semasa pemilihan parti, baru-baru ini.

"Semoga keluarga tetap kuat dalam menghadapi masa yang sukar ini. Keadilan untuk Thiyahu," katanya.

Thiyahu, 30, disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang semasa menerima rawatan di Wad Kecemasan Zon Merah Hospital Shah Alam ekoran cedera parah di bahagian muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib dalam kenyataan mengesahkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Bunuh) dan sedang memburu suspek terbabit.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619