Media Selangor jadi barisan hadapan isu rakyat, turun padang percepat penyelesaian

25 Feb 2026, 12:31 PM
Media Selangor jadi barisan hadapan isu rakyat, turun padang percepat penyelesaian

SHAH ALAM, 25 FEB: Media Selangor terus memainkan peranan sebagai barisan hadapan dalam mengetengahkan isu rakyat menerusi pendekatan turun padang bersama ahli majlis dan wakil masyarakat.

Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Danish Hairudin ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Media Selangor dan bertemu Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Fareed, bagi membincangkan peranan media dalam memperkukuh penyampaian isu rakyat.

Menurut Danish, kekuatan Media Selangor bukan sekadar pada laporan berita, tetapi keberanian turun ke lapangan untuk melihat sendiri permasalahan sebenar yang dibangkitkan masyarakat.

“Apabila rakyat bangkitkan isu, Media Selangor turun bersama ahli majlis untuk melihat keadaan sebenar. Pendekatan ini menjadikan laporan lebih tepat dan membantu tindakan susulan dibuat dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berkata peranan sebagai ‘frontliner’ itu penting bagi memastikan suara rakyat sampai kepada pihak berkaitan tanpa disalah tafsir.

“Media bukan sahaja menyampaikan naratif kerajaan negeri, malah membawa suara rakyat secara terus dari lapangan,” katanya lagi.

Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menyantuni warga Media Selangor sebagai tanda penghargaan atas komitmen berterusan mengangkat isu masyarakat.

Sebanyak 140 kotak kurma diagihkan kepada warga Media Selangor menerusi inisiatif peribadi beliau bersama AMK sebagai simbolik penghargaan terhadap peranan media.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619