SELANGOR

Polis buru Ozi, empat suspek direman seminggu

8 Jan 2019, 4:28 AM
Polis buru Ozi, empat suspek direman seminggu

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 JAN: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor sedang menjejaki seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan bekas calon Angkatan Muda KEADILAN Shah Alam, Thiyahu Marimuthoo, di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7 Shah Alam, semalam.

Ketua JSJ Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam kenyataan berkata, suspek seorang lelaki bernama Ozziram M Devan, 25 dengan alamat terakhir di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang, Selangor.

"JSJ Selangor memohon kerjasama orang awam untuk memberikan maklumat berkenaan penama ini yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh terbabit.

"Polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kes, ASP Vignesh Kumar di taian 03-55202222," katanya.

Setakat ini, empat orang suspek: tiga lelaki dan seorang perempuan sudah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Lelaki berusia 23,24 dan 25 tahun bersama perempuan berusia 20 tahun ditangkap sekitar Shah Alam serta Klang.

Thiyahu disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang semasa menerima rawatan di Wad Kecemasan Zon Merah Hospital Shah Alam selepas cedera parah di bahagian muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619