NASIONAL

IDE sedia jadi platform pencerahan Belanjawan 2019

8 Nov 2018, 3:17 AM
IDE sedia jadi platform pencerahan Belanjawan 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 NOV: Institut Darul Ehsan (IDE) sedia menjadi platform untuk rakyat mengetahui aspirasi sebenar Belanjawan Malaysia 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada Jumaat lalu.

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hal itu kerana rakyat perlu diberi pemahaman sebenar berkenaan langkah diambil kerajaan bagi memulihkan sistem ekonomi negara.

"Ini sangat penting dan sebab itulah IDE sebagai 'think tank' perlu beri pencerahan kepada rakyat berdasarkan interprestasi yang cuba mengorek apa aspirasi sebenar belanjawan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas berakhirnya Dialog Belanjawan 2019, di Bangunan IDE, di sini, semalam.

Katanya, langkah sama perlu diambil pelbagai organisasi lain bagi mengelakkan rakyat mendapat gambaran salah terhadap belanjawan sulung Kerajaan Pakatan Harapan.

Terdahulu, Dialog Belanjawan 2019 dibarisi panelis antaranya Ahli Jawatankuasa Pusat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Datuk Hadzir Md Zain; Profesor Adjung Universiti Selangor, Dr Zaharuddin Abdul Rahman dan Pegawai Dasar Ekonomi Dato' Menteri Besar, Dr Mohd Zulkufli Zakaria.

Program itu turut dihadiri ahli akademik dari institusi pengajian tinggi, ahli politik dan penganalisis ekonomi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619