NASIONAL

Agresif beri penerangan, jangan ulangi kesilapan Mesir

8 Nov 2018, 2:28 AM
Agresif beri penerangan, jangan ulangi kesilapan Mesir

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 NOV: Kerajaan Pakatan Harapan perlu agresif memberi penerangan kepada rakyat berhubung usaha memulihkan negara dalam semua aspek khususnya isu kepentingan rakyat secara langsung.

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, penerangan jelas amat penting bagi mengelakkan peristiwa yang membawa kepada tumbangnya Kerajaan Mesir, pimpinan Mohamed Morsi.

"Mana-mana negara yang mengadakan pilihan raya, apabila kerajaan baru mengambil alih, rakyat ingin melihat perubahan serta-merta.

"Inilah yang sebenarnya berlaku kepada kejatuhan Morsi di Mesir kerana kerajaan baharu terpaksa menyelesaikan masalah 60 tahun.

"Di sini juga sama keadaannya dan sebab itu perlunya program pencerahan seperti ini supaya rakyat faham apa yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019 adalah proses pembaikan daripada kelemahan lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas berakhirnya Dialog Belanjawan 2019, di Institut Darul Ehsan (IDE), di Bangunan IDE, di sini, semalam.

Mohammad Redzuan berkata, kegagalan memberi pencerahan kepada rakyat akan menyebabkan mereka terdedah dan mudah percaya kepada fakta songsang, di media sosial.

"Kebanyakan pandangan dilontarkan netizen di media sosial adalah pandangan sama ada individu atau kelompok dan paling membimbangkan daripada mereka yang berkepentingan." katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619