SELANGOR

Belanjawan Selangor 2019: Pendidikan awal kanak-kanak OKU dipertingkat

9 Okt 2018, 2:31 AM
Belanjawan Selangor 2019: Pendidikan awal kanak-kanak OKU dipertingkat
Belanjawan Selangor 2019: Pendidikan awal kanak-kanak OKU dipertingkat

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 OKT: Aksesibiliti pendidikan awal kanak-kanak kelainan upaya di Selangor dirancang untuk ditingkatkan dengan membuka pusat khas buat golongan itu, mulai tahun depan.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, inisiatif itu menyasarkan anak-anak down syndrom, autisme dan disleksia dari keluarga kurang berkemampuan.

Katanya, usaha itu masih giat dirangka dan perincian lanjut berkenaannya akan dibentangkan di Sesi Pembentangan Belanjawan Selangor 2019, pada 23 November depan.

"Pusat khas itu bertujuan supaya setiap kanak-kanak OKU mampu menjalani kehidupan dengan menitikberatkan beberapa aspek kemahiran, bermain dan belajar.

"Kita akan melaksanakan pusat khas ini di dua taska di setiap Dewan Undangan Negeri terpilih di Selangor," katanya kepada SelangorKini.

Dr Siti Mariah berkata, pusat khas yang akan dilanksanakan secara 'pilot' itu selaras dengan Program Intervensi Awal (EIP) dilaksanakan Kerajaan Negeri seperti sebelum ini.

Katanya, ia merupakan pakej pendidikan merujuk kepada perkhidmatan diberikan kepada bayi atau kanak-kanak mempunyai ketidakupayaan seperti pendengaran, penglihatan, pembelajaran dan fizikal.

"Apabila wujudnya program ini, ibu bapa tidak perlu risau lagi untuk berfikir mahu menghantar anak mereka jauh daripada rumah yang menjadi punca banyak perbelanjaan dikeluarkan.

"Malah, Kerajaan Negeri amat memahami permasalahan dihadapi rakyat dan kita berusaha sedaya upaya untuk membantu meringankan beban dihadapi setiap golongan ini," katanya.

Dr Siti Mariah berkata, dua sukarelawan akan dihantar menjalani latihan kemahiran khusus supaya mereka boleh mendidik anak-anak itu sebaiknya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619