PBT

MDKL turun padang selesai isu setempat

23 Jan 2018, 1:19 PM
MDKL turun padang selesai isu setempat
MDKL turun padang selesai isu setempat

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LANGAT, 23 JAN: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) akan melaksanakan program turun padang bertemu masyarakat untuk bersama menyelesaikan sebarang isu dihadapi, di daerah itu.

Yang Dipertua MDKL, Mohammad Zain A Hamid berkata, pihaknya akan bertemu sendiri dengan golongan sasaran yang sudah ditetapkan.

"Sesi dialog dianjurkan untuk mendengar masalah masyarakat, pada masa sama kita akan tanya keperluan mereka dan menjelaskan perancangan yang akan dilakukan.

"Hal ini untuk mengelakkan masyarakat yang sering menyalahkan pihak majlis dalam sesuatu isu walaupun ia bukan di bawah seliaan kami," katanya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Penuh MDKL Bil. 1 2018, di sini, hari ini.

Mohammad Zain berkata, program itu masih dalam perancangan sama ada MDKL akan turun padang di setiap kawasan, pada setiap bulan atau mengikut kesesuaian.

Dalam mesyuarat sama, beliau turut meminta peniaga pasar malam bersama menjaga petak niaga supaya bersih, sebelum dan selepas operasi perniagaan.

"Saya harap peniaga mempunyai kesedaran sendiri untuk menjaga petak gerai masing-masing, terutama soal kebersihan seperti keadaan ketika datang.

"Kita belum melaksanakan tindakan undang-undang tetapi memberikan penerangan dahulu. Ada segelintir peniaga menjadi punca kepada keadaan sekitar yang kotor.

"Peniaga harus ingat, kita bukan tempat mengadu semata-mata tetapi pada masa sama, mereka juga perlu fikir tindakan sewajarnya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619