Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Siasat Salahlaku Menteri KDN

4 டிசம்பர் 2012, 7:23 AM
Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Siasat Salahlaku Menteri KDN

SHAH ALAM, 4 DIS : Suruhanjaya Penyiasatan Bebas perlu diwujud segera untuk menyiasat dakwaan terhadap campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadap pasukan polis.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, isu itu merupakan kejadian serius yang memerlukan tindakan segera.

Ia dibongkarkan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala kemungkinan penyelewangan dan salah laku yang berlaku.

Beliau berharap agar polis bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan menjaga parti politik serta mengikut arahan mereka semata-mata.

"Pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis itu tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat dengan segera kerana ia melibatkan persoalan integriti Pasukan Polis Malaysia," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata, tindakan Hishamuddin itu bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya Ketua Polis Negara sahaja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahannya.

"Pemuda PAS juga mendesak agar Hishammuddin bercuti sehingga siasatan yang di buat selesai.

"Hishammuddin perlu bersikap 'gentleman' dan mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)," katanya.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619