Noh Tiada Kepakaran Dalam Pengurusan Air, Patut Selesaikan Isu NFC

26 மே 2012, 9:45 AM
Noh Tiada Kepakaran Dalam Pengurusan Air, Patut Selesaikan Isu NFC

SABAK BERNAM 26 MEI : Masalah utama Noh Omar ialah beliau tidak faham dan tidak tahu menyelesaikan masalah air yang berlaku kini, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tambahnya, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak mempunyai kefahaman yang begitu baik untuk mencampuri urusan itu.

Noh sepatutnya menjaga kementeriannya dan mengkaji semula isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

"Saya rasa dia tidak faham. Nanti saya akan ajar dia..Nanti saya akan buat penjelasan berapa jumlah air mentah, bagaimana air mentah jadi terawat, apakah masalah pengurusan yang berlaku dan bagaimana pilihan untuk mendapatkannya dengan harga yang terendah.

"Oleh kerana dia tidak mempunyai kepakaran dalam perkara ini, saya merasakan tidak perlu diendahkan kerana dia punya kementerian pun tidak begitu baik. Banyak perkara dalam kementerian yang dia tidak jaga, jadi lebih baik dia memberi perhatian. Contohnya kes NFC,," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Peringkat Negeri Selangor di sini.

Justeru, jika Noh berjaya selesikan isu NFC, kita bagi penghormatan kepadanya.

Menteri Besar memberitahu penjelasan berkenaan masalah air ini nanti akan diperincikan Rabu depan, selepaas mesyuarat Exco.

"Saya akan terangkan satu demi satu supaya semua pihak dan masyarakat akan memahami tentang perkara ini, " katanya.

Noh dalam satu kenyataannya cuba menyangkal fakta yang diberikan oleh Abdul Khalid bahawa tujuh empangan yang ada di Selangor pada ketika ini mampu menampung keperluan air di Lembah Klang, sekaligus menafikan tomahan Umno-BN bahawa akan berlaku krisis air menjelang 2014.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619