Persidangan antarabangsa mualaf 2013 diyakini, dipuji

9 செப்டெம்பர் 2013, 4:54 AM
Persidangan antarabangsa mualaf 2013 diyakini, dipuji

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 03BANDAR SERI PUTRA 9 SEPT : Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013 anjuran Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS) mendapat pujian dari Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mendekati isu pembangunan mualaf berdasarkan kajian keatas pengalaman dari pakar-pakar terlibat.

Abdul Khalid berkata pendekatan itu wajar dijadikan contoh dalam mendekati pelbagai isu mendesak kerana ia membantu membuka perspektif serta menjana idea-idea baru.

"Saya percaya pendekatan ini sangat bernas," kata Abdul Khalid, "Persidangan ini membentangkan kertas kerja dan pengalaman pakar-pakar kita yang telah membuat kajian mengenai usaha mereka membangunkan golongan mualaf."

Beliau berkata demikian di satu sidang akhbar selepas merasmikan persidangan itu. Persidangan ini dianjurkan oleh KUIS, bersama Institut Islam Hadhari UKM dan disokong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Turut hadir, Rektor KUIS, Profesor Madya Datuk Dr Abd Halim Tamuri dan Setiausaha MAIS, Datuk Mohd Misri Idris.

Selain kertas kerja hasil kajian tempatan, persidangan berlangsung dari 7 September hingga 8 September turut meneliti kajiselidik dari luar negara seperti dari Indonesia dan Singapura.

Abdul Khalid melahirkan keyakinan MAIS akan merangka kaedah terbaik mendekati isu pembangunan mualaf selepas pembentangan dalam persidangan itu dibukukan bagi tujuan rujukan.

Sementara itu, Abd Halim berkata, Selangor adalah antara negeri tertinggi di negara ini yang mencatat golongan bukan Islam yang memeluk Islam saban tahun.

"Pada tahun lepas perangkaan menunjukkan kira-kira 1,500 orang muallaf dan tahun ini setakat Julai ia sudah memcecah hampir 1,400 orang yang memeluk Islam.

"Ia bukan setakat orang India dan Cina tetapi dari bangsa lain macam Kadazan, orang Sabah, Sarawak termasuk dari luar negara seperti Filipina memeluk Islam di Selangor," katanya.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619