Selangor adakan sidang khas DUN tangani kesan konflik Asia Barat

29 Apr 2026, 8:40 AM
Selangor adakan sidang khas DUN tangani kesan konflik Asia Barat

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kerajaan Negeri akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat bagi meneliti langkah susulan menghadapi cabaran semasa susulan konflik di Asia Barat.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sidang khas itu juga akan menumpukan pembentangan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) sebagai kerangka pembangunan jangka sederhana negeri untuk berhadapan dengan cabaran daripada situasi geopolitik tersebut.

“Insya-Allah, dalam kita berhadapan dengan krisis, Kerajaan Negeri berjanji untuk mengadakan satu sidang khas yang kita akan tawarkan tarikhnya di kemudian hari.

“Kita akan teliti langkah susulan bagaimana kita akan berhadapan dengan situasi ini, di samping kerajaan akan meneliti cadangan dan kita bersedia untuk menerima pandangan daripada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada usul penangguhan persidangan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619