Program pembasmian kemiskinan Selangor tingkat skor Indeks Kebahagiaan

29 Apr 2026, 5:22 AM
Program pembasmian kemiskinan Selangor tingkat skor Indeks Kebahagiaan
Program pembasmian kemiskinan Selangor tingkat skor Indeks Kebahagiaan
Program pembasmian kemiskinan Selangor tingkat skor Indeks Kebahagiaan

SHAH ALAM, 29 APRIL: Program pembasmian kemiskinan yang digerakkan Kerajaan Selangor menjadi antara faktor utama peningkatan Indeks Kebahagiaan negeri, sekali gus mengukuhkan kesejahteraan rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penurunan kadar kemiskinan relatif memberi kesan langsung kepada kualiti hidup, yang menjadi asas kepada tahap kebahagiaan masyarakat.

Menurutnya, dalam tempoh tiga hingga empat tahun, kadar kemiskinan relatif di Selangor berjaya dikurangkan kepada satu digit sekitar lapan hingga sembilan peratus, berbanding 13 hingga 14 peratus sebelum ini.

“Kita laksanakan program penambahan peluang pekerjaan, diikuti inisiatif sokongan seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas). Tahun ini kita tambah baik program itu bagi mengurangkan tekanan terhadap kelompok miskin.

“Dalam tempoh jangka sederhana pula, Kerajaan Negeri mempercepat pembangunan perumahan sebagai antara komponen penting kesejahteraan rakyat. Sebanyak 174,000 unit rumah telah diluluskan, dengan kira-kira 40,000 unit sedang dibangunkan atau akan dilaksanakan, termasuk menerusi anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Aspek merupakan antara komponen utama yang menyumbang kepada skor kebahagiaan, justeru, Kerajaan Negeri juga terus memperkasa program pembangunan rohani dan sosial melalui inisiatif seperti Akademi Literasi al-Quran serta Festival Turath tahunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal yang ingin mengetahui pelan jangka pendek, sederhana dan panjang Kerajaan Negeri untuk meningkatkan Indeks Kebahagiaan Di Selangor di Sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Pada masa sama, Amirudin memaklumkan beberapa bandar di Selangor turut diiktiraf dalam senarai 20 Bandar Paling Bahagia Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), antaranya Ampang, Petaling Jaya dan Klang.

“Bagi agenda jangka panjang, keutamaan diberikan kepada pembangunan negeri yang berteraskan konsep daya huni, selaras aspirasi Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Apabila kita bentangkan RS-1, kita bukan hanya bercakap tentang kemakmuran dan pendapatan tinggi, tetapi juga daya huni. Daya huni itulah respons sebenar kepada kebahagiaan rakyat negeri ini,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619