Sidang DUN Selangor ditangguh hari ini

29 Apr 2026, 10:20 AM
Sidang DUN Selangor ditangguh hari ini

SHAH ALAM, 29 APRIL: Persidangan Dewan Negeri (DUN) Selangor yang berlangsung selama tujuh hari ditangguhkan hari ini.

Speaker DUN Selangor Lau Weng San berkata sepanjang persidangan bermula 21 April lepas, sebanyak 196 soalan dijawab dalam sesi pertanyaan.

Selain itu, satu Rang Undang-Undang Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 2026 diluluskan semalam.

Rang Undang-Undang itu bertujuan untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) bagi memperkukuh penguatkuasaan, pengurusan dan pemuliharaan kawasan berhutan di Selangor.

Sementara itu, Weng San turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran perjalanan sidang DUN kali ini.

“Terima kasih kepada semua Ahli Dewan Negeri (ADN), ketua jabatan, pegawai kerajaan dan semua pihak atas kerjasama dalam melicinkan perjalanan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat kali ini,” katanya sebelum menangguhkan persidangan DUN Selangor hari ini.

Sidang DUN Selangor ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619