Sultan Selangor seru rakyat berjimat cermat hadapi kos hidup meningkat

20 Apr 2026, 3:45 AM
Sultan Selangor seru rakyat berjimat cermat hadapi kos hidup meningkat

SHAH ALAM, 20 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menasihatkan rakyat agar mengamalkan sikap berjimat-cermat susulan kebimbangan Baginda terhadap kenaikan harga minyak dan gas.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah, konflik di Asia Barat yang memberi kesan langsung kepada negara telah mendorong peningkatan harga barangan keperluan sekali gus menekan kos sara hidup rakyat.

“Beta mengambil kesempatan di sini untuk memberikan nasihat yang datang seikhlasnya dari hati Beta sendiri kepada kerajaan Beta dan seluruh rakyat negeri Selangor.

“Beta ingin berpesan agar semua pihak mengambil langkah berjimat cermat di dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa yang amat mencabar ini,” titah Baginda sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Dewan Negeri Selangor ke-15 di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Turut berangkat, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Baginda turut menitahkan Kerajaan Negeri agar memberi keutamaan kepada perbelanjaan penting, khususnya bantuan kepada rakyat bagi meringankan beban yang dihadapi.

Sultan Selangor menegaskan segala bentuk pembaziran perlu dielakkan dan setiap perbelanjaan mestilah memberi manfaat maksimum kepada rakyat, terutama golongan yang terjejas.

“Kerajaan Beta perlu ingat, kebajikan rakyat hendaklah sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perancangan dan pelaksanaan dasar negeri,” titah Baginda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619