Kesan konflik: Tiada projek rumah mampu milik terbengkalai

16 Apr 2026, 1:00 AM
Kesan konflik: Tiada projek rumah mampu milik terbengkalai
Kesan konflik: Tiada projek rumah mampu milik terbengkalai

SHAH ALAM, 16 APR: Projek perumahan mampu milik yang sedang dibina di negeri ini tidak berdepan risiko terbengkalai meski berlaku kenaikan kos harga barang pembinaan dan minyak diesel.

Bagaimanapun, EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah mengakui projek tersebut dijangka mengambil masa lebih panjang untuk siap berbanding tempoh yang ditetapkan sebelum ini.

EXCO Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf DUN Tanjung Sepat di Dewan Kebudayaan Homestay Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 17 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Kalau projek terbengkalai, kita boleh nampak dari awal. Contohnya daripada latar belakang syarikat pemaju. Saya rasa untuk katakan projek terbengkalai itu, risikonya rendah.

“Cuma mungkin lambat siap sedikit berbanding tempoh ditetapkan. Setakat ini, saya dapati laporan mengatakan semua projek berjalan seperti biasa,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau juga memberi jaminan Kerajaan Negeri akan membantu pemaju perumahan mampu milik yang berdepan cabaran ekoran konflik di Asia Barat.

“Kesan krisis ini mungkin berlarutan sehingga enam bulan. Tapi setakat ini kita tidak terima apa-apa aduan daripada pemaju. Kalau ada pun nanti, mung-kin kita akan beri kelonggaran sikit.

“Sebagai contoh, kita boleh bagi tambahan masa untuk mereka siapkan projek. Mungkin mereka mahu jadualkan semula kemajuan projek mereka atau apa-apa. Kita sedia pertimbang,” katanya.

Konflik di Asia Barat sejak 28 Februari berterusan meski ada gencatan senjata selama dua minggu sejak 8 April ekoran rundingan di Islamabad, Pakistan tidak mencapai perjanjian damai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619