Selangor perkasa warga emas, jana pendapatan melalui kemahiran

11 Apr 2026, 11:00 AM
Selangor perkasa warga emas, jana pendapatan melalui kemahiran

SHAH ALAM, 11 APRIL: Selangor membangunkan kerangka “Silver Economy” bagi memperluas peluang warga emas kekal aktif menjana pendapatan.

EXCO Kebajikan Anfaal Saari berkata pendekatan itu penting untuk mengiktiraf warga emas bukan sekadar penerima bantuan, sebaliknya penyumbang kepada ekonomi dan masyarakat.

“Selangor membuat persediaan rapi menghadapi masyarakat menua, bukan hanya dari aspek kebajikan tetapi melalui pendekatan ekonomi dan pembangunan sosial jangka panjang.

“Justeru, Selangor sedang berusaha membangunkan “Silver Economy” agar warga emas boleh menjana pendapatan dengan berkongsi kemahiran mengikut kemampuan mereka sekali gus menyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya kepada Media Selangor.

Dalam perkmbangan sama, Anfaal berkata, Kerajaan Negeri juga akan mempergiat program di bawah agenda ekonomi penjagaan termasuk mengembalikan inisiatif MamaKerja.

Katanya, inisiatif itu sebagai sokongan kepada ibu bekerja, khususnya mereka dalam generasi “sandwich” yang memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak sambil menjaga ibu bapa.

“Kita juga melihat realiti generasi “sandwich” yang berdepan tekanan menjaga ibu bapa yang semakin berusia sambil terus bekerja dan membesarkan anak-anak.

“Sebab itu negeri turut menyokong mereka melalui inisiatif wanita kembali bekerja, aturan kerja yang lebih anjal, serta peluasan akses kepada perkhidmatan penjagaan yang berkualiti dan mampu milik,” katanya.

Dalam perancangan ke hadapan, Anfaal berkata Kerajaan Negeri juga sedang berusaha memperkenalkan inisiatif seperti Respite Care Wellness Hub.

“Ia bukan sahaja memberi ruang rehat sementara kepada penjaga, tetapi turut menyediakan akses kepada saringan kesihatan, intervensi awal dan sokongan psikospiritual untuk warga emas dan keluarga mereka,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619