15 kapal lintasi Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lalu selepas dapat izin Iran

6 Apr 2026, 1:14 AM
15 kapal lintasi Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lalu selepas dapat izin Iran

ISTANBUL, 6 APRIL: Sebanyak 15 kapal melintasi Selat Hormuz sepanjang 24 jam lalu selepas memperoleh kebenaran daripada Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.

Agensi berita Fars melaporkan jumlah kapal yang melalui selat berkenaan kekal 90 peratus lebih rendah berbanding sebelum Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap negara itu.

Rantau berkenaan berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb lepas, dan setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menjadi lokasi aset ketenteraan AS.

Iran juga menyekat pergerakan kapal melalui Selat Hormuz.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619