Iran, Oman bincang peranan ekslusif di Selat Hormuz

6 Apr 2026, 3:35 AM
Iran, Oman bincang peranan ekslusif di Selat Hormuz

TEHRAN, 6 APRIL: Timbalan menteri luar Iran dan Oman mengadakan mesyuarat maya pada Ahad bagi menegaskan peranan eksklusif kedua-dua negara di Selat Hormuz dalam menghadapi tindakan Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel yang menggugat kestabilan serantau, lapor Mehr News Agency (MNA).

Mesyuarat itu diadakan menerusi sidang video dan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Perundangan dan Antarabangsa, Kazem Gharibabadi, serta rakan sejawatnya dari Oman, Sheikh Khalifah al-Harethi, bersama penyertaan pakar teknikal dan perundangan dari kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak meneliti dan membincangkan situasi semasa di rantau itu di tengah-tengah perang AS-Israel serta isu berkaitan laluan selamat Selat Hormuz, sambil menegaskan peranan eksklusif Iran dan Oman sebagai negara pesisir bagi laluan perairan strategik itu.

Pakar dari kedua-dua negara mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan, yang dipersetujui untuk diteliti dengan lebih lanjut menerusi perbincangan serta lebih banyak mesyuarat.

Susulan pelancaran pencerobohan ketenteraan haram dan tanpa provokasi oleh AS dan Israel pada 28 Februari, Iran mengambil kawalan ke atas Selat Hormuz sambil menegaskan bahawa laluan perairan penting itu ditutup kepada pihak penceroboh serta mana-mana negara yang membantu mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619