ADN

500 penduduk B40 di Seri Setia sertai saringan percuma

29 Ogos 2021, 3:34 PM
500 penduduk B40 di Seri Setia sertai saringan percuma
500 penduduk B40 di Seri Setia sertai saringan percuma

SHAH ALAM, 29 OGOS: Seramai 500 penduduk golongan berpendapatan rendah (B40) di Pangsapuri Desaria, Petaling Jaya menjalani saringan Covid-19 secara percuma.

Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar berkata program diadakan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi memutuskan penularan virus.

"Lokasi itu dipilih kerana mempunyai ramai B40 yang tidak mampu menjalani ujian calitan di klinik atau membeli kit ujian kendiri," katanya di sini, hari ini.

Dalam program berlainan, Halimey berkata beliau menyerahkan roti, pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan bendera kepada 150 anggota pasukan keselamatan.

[caption id="attachment_485447" align="alignleft" width="392"] Halimey menyerahkan sumbangan roti, alat perlindungan diri dan bendera kepada bomba di Petaling Jaya, 29 Ogos 2021. Foto Ihsan Halimey Abu Bakar[/caption]

"Sumbangan itu sebagai menghargai polis dan bomba yang menjaga ketenteraman negara, pada masa sama menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.

"Roti dibeli daripada peniaga di Desa Mentari bagi menyokong perniagaannya, beliau membesarkan seorang anak orang kelainan upaya (OKU)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619