ADN

Hampir 600 calon SPM di DUN Seri Setia terima set alat tulis, air kotak

31 Jan 2024, 8:30 AM
Hampir 600 calon SPM di DUN Seri Setia terima set alat tulis, air kotak

SHAH ALAM, 31 JAN: Seramai 592 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tiga sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima set alat tulis dan air kotak.

Wakil rakyatnya berkata sumbangan bernilai RM5,850 itu bagi memastikan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menduduki peperiksaan.

"Seramai 322 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya menerima sumbangan berkenaan selain, SMK Bandar Sunway (141) dan SMK Lembah Subang (129).

"Setiap pelajar diberi set alat tulis mengikut spesifikasi SPM iaitu pensil 2B, tiga batang pen, pengasah pensil, pemadam, pembaris dan dibekalkan enam air kotak," kata Dr Fahmi Ngah ketika dihubungi.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan seramai 395,870 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619