AGENDA

PKPD: Penduduk Apartment Damai selesai terima vaksin

25 Jul 2021, 12:56 PM
PKPD: Penduduk Apartment Damai selesai terima vaksin

SHAH ALAM, 25 JULAI: Proses pemberian vaksin kepada 1,279 penduduk Apartment Damai mukim Damansara yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selesai semalam.

Pegawai daerah Petaling Datuk Johary Anuar berkata daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 525 penerima adalah warganegara manakala bukan warganegara 754 penerima.

"Kita telah maklumkan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara bahawa kita telah selesai semua proses dan mencadangkan PKPD ini ditamatkan lebih awal," kata Datuk Johary Anuar kepada SelangorKini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Hulu Langat Najmuddin Jemain memaklumkan proses saringan 1,400 penduduk Pangsapuri Merpati A, Jalan Pandan Indah mukim Ampang yang dikenakan PKPD selesai.

"Kita bersyukur proses saringan berjalan lancar. Langkah seterusnya adalah proses pemberian vaksin yang akan dijalankan pada Khamis iaitu 29 Julai," katanya.

Pada 16 Julai, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat kawasan baharu dalam empat daerah di Selangor dikenakan PKPD selama dua minggu mulai 18 Julai.

Kawasan tersebut ialah Apartment Damai, mukim Damansara, Petaling; Jalan Pandan Indah, mukim Ampang, Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, mukim Klang, Klang dan Taman Samudera, mukim Batu, Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619