AGENDA

Laungan merdeka, terima kasih iringi penamatan PKPD Apartment Damai

25 Jul 2021, 11:57 PM
Laungan merdeka, terima kasih iringi penamatan PKPD Apartment Damai

PETALING JAYA, 26 JULAI: Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Apartment Damai PJS8 di sini pada jam 11.59 malam tadi disambut dengan sorakan.

Laungan merdeka, terima kasih serta lambaian cahaya dari telefon pintar meraikan tempoh berkurung selama lapan hari telah berakhir.

Malah selepas lebih setengah jam 'dibebaskan'  penduduk masih lagi meraikannya dengan terus bersorak ketika anggota tentera sedang membuka kawad dawai sepanjang apartment berkenaan.

Terdapat juga penduduk seolah-olah melepaskan geram dengan membakar mercun berulang kali, namun kesemua penduduk hanya meraikannya di kawasan tangga serta kediaman masing-masing.

Petang semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penamatan PKPD di situ ditamatkan lebih awal selepas dikenakan perintah berkenaan pada 18 Julai lalu.

Penamatan PKPD enam hari lebih awal itu susulan 1,279 penduduk apartment berkenaan menerima suntikan vaksin pada 23 hingga 24 Julai lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619