AGENDA

11 peniaga diberi notis naikkan harga minyak masak botol 5kg

8 Jun 2021, 10:02 AM
11 peniaga diberi notis naikkan harga minyak masak botol 5kg

SHAH ALAM, 8 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan 11 notis kepada peniaga yang menaikkan harga minyak masak botol lima kilogram (kg).

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata notis diberi supaya peruncit dapat mengemukakan perincian jumlah pembelian dan harga jualan yang diperoleh daripada pembekal, lapor Harian Metro.

"Hasil maklumat itu akan disiasat segera dan jika terdapat unsur kenaikan harga melampau akan dikenakan tindakan.

"Setakat ini kita masih belum boleh putuskan lagi keputusannya dan menunggu dalam tempoh selama dua hingga lima hari bagi mereka memberi maklumat sebelum tindakan seterusnya boleh diambil," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak dapat mengawal harga jualan minyak masak saiz tersebut namun mengikut undang-undang peniaga masih tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Semalam, hasil pemeriksaan KPDNHEP Selangor terhadap 23 peruncit mendapati mereka menjual minyak masak botol lima kg pada harga RM34.20 sebotol berbanding RM25.50 harga asal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619