AGENDA

Harga minyak masak 5kg kekal RM30.90 hingga 7 Januari

1 Dis 2022, 2:24 PM
Harga minyak masak 5kg kekal RM30.90 hingga 7 Januari

PUTRAJAYA, 1 DIS: Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Disember 2022 hingga 7 Januari 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof berkata penetapan harga itu berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia (CPO).

"Penetapan harga ini adalah hasil kerjasama daripada pihak industri minyak masak yang telah bersetuju untuk mengekalkan harga maksimum Disember 2022 sama dengan November 2022 walaupun harga purata CPO sepanjang November mencatatkan peningkatan berbanding Oktober," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata KPDNHEP menyeru masyarakat pengguna terus berhemah dalam pembelian, mengutamakan yang perlu dan merancang setiap pembelian.

Pengguna juga digalakkan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan ketidakpatuhan undang-undang membabitkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen di pasaran melalui WhatsApp ke 019-2794317 atau 019-8488000, portal e-aduan di https://eaduan.kpdnhep.gov.my , call centre 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my , aplikasi Ez ADU KPDNHEP dan pusat arahan penguatkuasaan (ECC) di 03-88826088/6245.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619