AGENDA

Tiga pekerja asing maut insiden struktur besi kren jatuh

22 Mac 2021, 5:42 AM
Tiga pekerja asing maut insiden struktur besi kren jatuh

SHAH ALAM, 22 MAC: Tiga pekerja asing maut manakala seorang pengguna jalan raya cedera parah dalam insiden struktur kren terjatuh dekat tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) di Persiaran Alam Damai, Cheras hari ini.

Pemaju projeknya, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd (Prolintas) memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan.

"Melalui siasatan awal, tiga pekerja pembinaan warga China meninggal dunia manakala seorang pengguna jalan raya warga tempatan cedera dalam kejadian ini.

"Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, susulan kejadian itu, pasukan 'Emergency Response Team' Suke bersama anggota bomba menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Terdahulu, dua pekerja binaan dilaporkan terbunuh sementara dua lagi dipercayai cedera parah selepas struktur kren menghempap sebuah kereta di tapak pembinaan itu.

Pemandu kereta yang juga seorang rakyat tempat cedera parah manakala dua pekerja binaan jatuh pada ketinggian 36 meter (120 kaki) dari tapak pembinaan dan maut di tempat kejadian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619