AGENDA

PAKATAN tubuh pasukan khas yakinkan rakyat terima vaksin

29 Jan 2021, 9:01 AM
PAKATAN tubuh pasukan khas yakinkan rakyat terima vaksin

SHAH ALAM, 29 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) menubuhkan Pasukan Petugas Imunisasi bagi membantu kerajaan meyakinkan segelintir masyarakat antivaksin.

Pengerusi Pasukan Petugas Imunisasi PAKATAN, Dr Dzulkefly Ahmad berkata semangat kerjasama antara parti perlu agar program imunisasi Covid-19 dapat dijayakan.

"Demi kepentingan rakyat dan masa depan negara, PAKATAN ingin melangkau jurang politik untuk bekerjasama dengan kerajaan. Malah, kami berharap langkah ini dapat menyakinkan rakyat dalam penerimaan imunisasi.

"Kami faham kesukaran kerajaan kendali program ini secara menyeluruh dalam masa yang singkat. Kejayaan atau kegagalan program itu akan menentukan kesihatan rakyat, keupayaan kapasiti kesihatan dan pemulihan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Dzulkefly menyeru Kerajaan Persekutuan agar melibatkan wakil PAKATAN dalam Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19.

"Penglibatan ini akan menghantar mesej kepada rakyat bahawa Pelan Imunisasi Kebangsaan melangkau perbezaan politik dan mendapat sokongan seluruh negara," jelasnya.

Anggota Pasukan Petugas Imunisasi PAKATAN terdiri daripada bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye serta empat ahli parlimen iaitu Dr Ong Kian Ming (Bangi), Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching) Dr Mohd Hatta Ramli (Bandar Kuching) dan Sim Tze Tzin (Bayan Baru).

Selain itu, turut terlibat tiga EXCO Kesihatan negeri iaitu Dr Siti Mariah Mahmud (Selangor), Dr Norlela Ariffin (Pulau Pinang) dan S Veerapan (Negeri Sembilan).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619