AGENDA

Konsensus PAKATAN dan persekutuan ketepi isu politik, fokus perangi Covid-19

21 Sep 2021, 3:11 AM
Konsensus PAKATAN dan persekutuan ketepi isu politik, fokus perangi Covid-19

SHAH ALAM, 21 SEPT: Konsensus parti pemerintah dan pembangkang dianggap saat penting untuk mengetepikan perbezaan politik dan menumpukan sepenuhnya usaha memerangani wabak Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata permuafakatan dikemukakan Pakatan Harapan (PAKATAN) turut diperakui perdana menteri meliputi reformasi institusi Parlimen yang bermanfaat bagi rakyat.

"Konsensus antara parti pemerintah dan pembangkang yang dimeterai bukanlah untuk meninggalkan prinsip PAKATAN dan tanggungjawab semak dan imbang sebagai parti pembangkang.

"Sebaliknya, ia merupakan saat penting untuk kita mengetepikan perbezaan politik dan memberikan sepenuh fokus untuk memerangi wabak Covid-19," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam perutusan sempena perayaan Kuih Bulan hari ini.

Pada 13 September, Putrajaya dan PAKATAN melakar sejarah apabila pertama kali memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ dengan semangat Keluarga Malaysia.

MoU berteraskan enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619